Rogol kenalan Rogol

Menurut hukum, tiada perbezaannya diantara rogol yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali dengan rogol yang dilaksanakan oleh orang-orang kenalan, kawan-kawan dan pencinta-pencinta. Walau bagaimanapun, terdapatnya kesukaran mendakwa seorang penyerang yang dikenali, tetapi sekiranya terbukti, jenayah akan dilayankan dengan cara yang sama.

Dari segi sosial, isu rogol kenalan adalah amat rencam. Bukti-bukti yang sedia ada menunjukkan bahawa kemungkinan seorang mangsa rogol yang berkenalan dengan penyerangnya adalah lebih besar daripada yang tidak.

Terdapat banyak benar perdebatan bertentangan dengan apa yang dikira sebagai keizinan yang sempurna di dalam perhubungan seksual. Betapa nyatakah keizinan diperlu, betapa kerapkah keizinan perlu dipastikan, dan apakah yang dikira sebagai keupayaan yang kurang (biasanya disebabkan oleh dadah dan alkohol) adalah isu-isu yang tidak dapat mencapai penyelesaian. Perdebatan-perdebatan ini sentiasa dibahaskan dari segi moral dan kesusilaan, dan sebagai isu undangan, kesilapan pemahaman keizinan selalu dikemukakan sebagai pembelaan oleh kerana jenayah rogol hanya boleh didakwa sebagai jenayah yang berniat.